Antara Jerebu dan Dukhan.

Photobucket


Jerebu melanda Malaysia buat kesekian kalinya. Bukan pertama kali kita diuji ALlah dengan jerebu. Satu ketika dulu, di Malaysia Timur turut diisytiharkan darurat akibat jerebu. Di tempat kawan di Batu Pahat, alhamdulillah tidak ada jerebu yang melanda namun udaranya seakan-akan ada sisipan-sisipan jerebu yang terlepas ke sana. Kering, mata pedih, batuk-batuk, pun kawan ada terasa. Namun di Lembah Klang, teruk juga keadaannya. Sampai diisytiharkan darurat di Pelabuhan Klang. Memang kawan rasa patut juga diisytiharkan. Tengok di TV pun tak nampak apa, apatah lagi orang di sana yang merasainya. Maka berkurunglah penduduk lembah klang di rumah, ada juga yang pulang ke kampung halaman yang belum terkena jerebu lagi. Kawan pula, berkunjung ke lembah klang sebab nak menguruskan urusan permohonan visa, terbalik pulak. Alhamdulillah jerebu dah berkurangan, dah boleh nampak rumah seberang jalan.

Bagi kawan, hikmah jerebu dilandakan kepada kita ialah penggemar-penggemar maksiat yang sering berkeliaran di luar rumah, tersekat aktiviti mereka. Yang rajin bercouple, jalan-jalan tanpa arah tujuan, terpaksa postpone temu janji mereka. Yang mat rempit, mungkin asap jerebu tidak seharum asap motor, maka mereka pun tak keluar rumah. Yang suka berpeleseran sampai larut malam kat 'mapley' pun duduk di rumah tengok tv. Alhamdulillah, segala yang ALlah jadikan semuanya ada hikmahnya. Sekurang-kurangnya, aktiviti-aktiviti tak berfaedah yang biasanya dijalankan di luar rumah sudah dikurangkan. Selamat satu perkara.

Apabila menyebut jerebu, mungkin tidak ramai yang terfikir akan adanya sebuah surah di dalam al-Quran yang bernama ad-Dukhan. Dukhan boleh bermaksud asap, contohnya kalau dilarang merokok tu dalam arab disebut mamnu' at-tadkhin dari kata dukhan (kan rokok itu berkepul-kepul asapnya). Dan mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa salah satu daripada tanda-tanda kiamat ialah terbitnya dukhan, ataupun boleh kita katakan jerebu/asap/kabus. Dipetik dari kata-kata sheikh s2s dalam mailing list alFikrah 


"Jerebu adalah 10 tanda besar kiamat. alQur:an mmeperuntukkan satu
surah khas mengenai jerebu iaitu surah # 44. surah ini diberi nama
sempena ayatnya yg ke-10 " dan tunggulah hari ketika langit membawa
jerebu yg nyata."

Imam Muslim meriwayatkan dari Hudzaifah RA
" Kiamat tidak akan terjadi hingga kalian melihat 10 tanda. lalu
baginda menyebut antaranya jerebu. (Muslim, #2901)

Kata Imam Nawawi dalam syarhnya, jerebu yg menandakan Kiamat akan
berlansung selama 40 hari. ia membawa kesan selsema dan sesak nafas
kepada orang mukmin dan menimpakan musibah besar kepada kaum kuffar
dan haiwan. (syarh Muslim oleh Nawawi jld 18. "



Mungkin kita menisbahkan jerebu ini dengan kebakaran di Indonesia, dan mungkin jerebu yang kita hadapi sekarang bukan THE jerebu tanda kiamat. Tapi pastikah kita? Adakah kita hanya akan menunggu THE jerebu datang baru kita akan tersedar, atau masihkah kita terus dengan aktiviti kita yang tidak berfaedah tanpa menyiapkan diri sebelum datangnya kiamat? Mungkin kali ini bukan THE jerebu tapi kalau selepas ini, ada lagi jerebu, mungkin itu jerebunya. Persoalannya, perlukah kita dikejutkan baru kita tersedar dari lamunan? Bangkitlah sendiri dari sekarang, masa yang dijanjikan pasti akan tiba. Adakah kita sudah bersedia? Renung renungkan dan selamat beramal.

Fenomena Api di Hijjaz tanda-tanda kiamat.


Photobucket


Penduduk yang tinggal di lingkungan kawasan al-Salam, Kota al-Hodaidah di Yaman gempar dan panik apabila api dipercayai dari dalam perut bumi muncul di kawasan mereka.
Warga Yaman mengatakan, sejak 14 hari yang lalu (bermula 7 Jun), secara tiba-tiba asap berkepul-kepul keluar dari perut bumi.
Kemudian wujud retakan yang memperlihatkan api dari dalam tanah muncul.
Apa yang berlaku itu adalah peringatan yang sudah diberi tahu lebih awal;
Maka sesungguhnya telah datang (hari Kiamat) tanda-tandanya. (QS.47:18)
Sebenarnya hari kiamat itulah hari yang dijanjikan kepada mereka dan kiamat itu lebih dahsyat dan lebih pahit. (QS.54:46)
Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya). (QS.21:01)
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
“Tidak akan terjadi hari Kiamat sampai api keluar dari tanah Hijaz yang menerangi leher-leher unta di Bashra.”


Gambar api yang keluar dari tanah di Hijjaz.

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari RA, berkata: “Datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?” Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”. Lalu Nabi SAW bersabda: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam as, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – (H.R Muslim) 

Video keluarnya api dari tanah di Yaman
  
Design By Alyssa Belina